Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher dilapor berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada pukul 8:36 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak 8.2° Selatan dan 120.8° Timur.
Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 52 kilometer bawah.
Walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.
GB sederhana bermagnitud 5.5 telah berlaku di Rantau Flores , Indonesia pada pukul 8:36 malam, 21 Februari 2022. Pusat GB tersebut terletak 8.2° Selatan dan 120.8° Timur dengan kedalaman 52 km.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/w6oxGqoPnT
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 21, 2022
Sumber: MetMalaysia