Siakap Keli
Gambar: via The Mirror

Dilayan Macam Raja, Wanita Sanggup ‘Perhabis’ Lebih RM14K Beli Baju & Almari Untuk Kucing Kesayangan

Seorang wanita Slovenia sanggup menghabiskan sejumlah £2,500 (RM14,187.12) semata-mata membeli almari pakaian berwarna merah jambu ‘istimewa’ untuk menyimpan koleksi pakaian dua ekor kucing peliharaannya, memetik laporan The Mirror.

Menurut laporan, Andreja, 34 tahun berbuat demikian kerana dia percaya dua ekor kucing peliharaannya ‘layak’ untuk kelihatan hebat.

Lebih menarik perhatian lagi apabila almari pakaian milik kedua-dua ekor kucing itu kini sudah mempunyai lebih 150 helai pakaian dan 200 koleksi reben yang berwarna-warni.

Bukan setakat itu sahaja, kini Andreja juga sedang mencari almari baharu yang lebih besar untuk menyimpan pakaian kucing-kucingnya itu yang terdiri daripada tutus (skirt kucing), jaket, dress dan beberapa pakaian-pakaian berjenama.

“Lily dan Kaly (kucing) adalah puteri-puteri saya, jadi mereka layak dilayan seperti golongan diraja.

“Setiap kali saya keluar untuk membeli pakaian saya atau anak saya, Rianna saya juga akan membeli baju untuk kucing-kucing saya,” katanya.

Gambar: via The Mirror
Gambar: via The Mirror

Tidak cukup dengan itu, sikap suka membeli pakaian kucing Andreja semakin unik apabila semua jenis yang dibelinya adalah berwarna merah jambu (pink).

“Saya suka apa sahaja yang berwarna merah jambu. Warna merah jambu dan kombinasinya dengan bulu kucing yang berwarna putih kelihatan sangat cantik,” kata Andreja.

Mengimbas kembali, Lily merupakan seekor kucing yang ditemui dalam keadaan yang menyedihkan, di mana matanya bengkak dan tidak dapat dibuka ketika itu.

Bermula sejak itulah Andreja mengambil keputusan untuk membela Lily.

Dalam masa sama, disebabkan Andreja tidak mahu ‘rajanya’ itu kesunyian, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membela Kaly sebagai peneman Lily.

Sumber: The Mirror

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.