Siakap Keli
Gambar: @atydeen

(Video) Ada DE, BL, PH & Beberapa Lagi, Akak Ni Kongsi Jenis-jenis KOD OKU Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda bahawa terdapat 7 kategori OKU atau Orang Kelainan Upaya yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Tujuh kategori ini termasuklah kategori OKU Mental, dan mereka layak untuk mendaftar mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya.

Selalunya bila OKU disebut kebanyakan orang akan membayangkan kekurangan seseorang itu dari segi fizikal. Namun Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengiktiraf ketidakupayaan yang tidak kelihatan seperti gangguan mental, masalah pembelajaran, dan masalah pertuturan.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan KOD OKU, seorang pengguna TikTok @atydeen telah berkongsi video menerangkan kategori bagi setiap kod OKU.

Dalam video tersebut pemilik menerangkan semua kod-kod bagi setiap kategori OKU iaitu, DE bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran, BL-penglihatan, SD-pertuturan, PH-fizikal, LD-pembelajaran, ME-mental, dan MD ialah pelbagai.

Dia juga turut berkongsi kod tersebut menggunakan bahasa isyarat.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat ramai warganet memberikan respon positif bagi perkongsian tersebut dan tak kurang juga mereka yang datang memberikan sokongan kepada pemilik.

@atydeen

kod bagi kategori OKU πŸ₯°.

♬ original sound – πŒπ²π€π­π²πŸ‘πŸ–πŸ•ŠοΈ – πŒπ²π€π­π²πŸ‘πŸ–πŸ•ŠοΈ

Sumber: @atydeen, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Zahirah