Siakap Keli

Majlis Sukan Negeri Johor Umum Maybank Sebagai Penaja Utama Maybank Cycling Series Johor

Majlis Sukan Negeri Johor Umum Maybank Sebagai Penaja Utama Maybank Cycling Series Johor

Johor, 16 Mei 2024 – Tumpuan para penggiat sukan berbasikal pasti terarah ke Johor apabila Maybank memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) selaku Penaja Utama bagi Maybank Cycling Series Johor yang julung kali diadakan.

Kerjasama ini menandakan komitmen bersama kedua-dua pihak itu untuk berganding bahu meningkatkan kesejahteraan komuniti, memupuk gaya hidup sihat serta mempergiat usaha peralihan kepada ekonomi karbon rendah.

Pemeteraian MoU ini juga menandakan satu peristiwa penting buat Maybank, selaku peneraju institusi perbankan di Malaysia dan acara berbasikal premier itu kerana ia bakal menyaksikan lebih 7,000 penggiat sukan berbasikal berhimpun bagi meraikan keindahan warisan dan kelestarian. Maybank Cycling Series Johor, yang mendapat sanksi daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dijadual berlangsung pada 14 September 2024, di Iskandar Puteri Johor.

majlis sukan negeri johor

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Khairussaleh Ramli berkata kerjasama ini jelas membuktikan kesungguhan Maybank dalam usaha untuk memupuk kelestarian dan kesejahteraan alam sekitar, selaras dengan misi Bank itu untuk Memanusiakan Perkhidmatan Kewangan (Humanising Financial Services).

Pendekatan Bank yang menitikberatkan gaya hidup sihat turut terserlah selama ini menerusi penganjuran sejumlah acara sukan dan kesihatan yang disertakan bersama rancangan untuk mengembangkan lagi inisiatif ini ke peringkat rantauan merentasi seluruh kumpulan. Memanfaatkan sukan sebagai lebih daripada satu acara semata-mata, Maybank Cycling Series Johor boleh dijadikan platform mendukung idea kelestarian impak dalam aspek ekonomi dan masyarakat.

“Kami berbesar hati untuk tampil sebagai penaja utama bagi Maybank Cycling Series Johor yang julung kali diadakan, terutamanya selepas mendapati terdapat peningkatan ketara dalam angka penyertaan dalam kegiatan sukan dan luar seperti seperti berbasikal dan maraton. Memandangkan masyarakat kini meletakkan lebih penekanan terhadap perihal kesihatan dan kecergasan, kami berharap acara ini akan dapat mencetuskan inspirasi kepada semua bukan sahaja sekadar menjalani kehidupan sihat dan aktif, tetapi juga meningkatkan kesedaran mereka mengenai alam sekitar dan kelestarian.

Dalam gambaran lebih besar, acara ini akan mendatangkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan di samping membantu meningkatkan profil Johor selaku satu destinasi pilihan buat para penggiat sukan berbasikal dan tuan rumah sukan secara amnya. Tidak ketinggalan, penganjuran acara ini juga menggariskan komitmen kami dalam memupuk budaya cintakan alam sekitar selain dan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat.”

majlis sukan negeri johor

Maybank Cycling Series Johor dijangka mampu menyuntik sejumlah RM 3.4 juta ke dalam ekonomi tempatan menerusi perbelanjaan pelancong tempatan dan luar negara. Tuan rumah acara, Iskandar Puteri, pastinya akan lebih bersinar selepas ini kerana ia bakal ditransformasi menjadi satu destinasi mesra berbasikal yang premier. Ini kerana kawasan itu kini dilengkapi dengan infrastruktur yang dirancang rapi dan didirikan khusus untuk para penunggang basikal, sekaligus menjamin keselamatan orang ramai yang berkayuh di situ.

Acara ini pastinya akan memperkukuhkan lagi identiti Iskandar Puteri sebagai sebuah pembangunan yang disokong pemegang taruh terkemuka seperti Sunway, Gleneagles, Legoland dan Educity. Maybank Cycling Series Johor adalah lebih daripada sekadar satu perlumbaan, ia bakal menonjolkan kelebihan dan daya tarikan tersendiri Iskandar Puteri sebagai satu hab untuk pertumbuhan, kelestarian dan potensi.

Pilih Penjelajahan Berbasikal Anda

Para peserta boleh memilih di antara dua pilihan jarak kayuhan yang ditawarkan:

  • Road Race 120km: Cabaran kompetitif yang padat dengan aksi ini terbuka kepada individu lelaki dan wanita mengikut kumpulan usia masing-masing. Perlumbaan ini akan medan ujian daya ketahanan dan kelajuan buat para pesertanya.
  • Fellowship Ride 60km: Sesuai untuk pengayuh dari pelbagai tahap kebolehan. Kategori ini juga terbuka kepada kepada individu lelaki dan wanita mengikut kumpulan usia mereka. Ia menawarkan kayuhan santai merentasi beberapa daerah sambil menghayati landskap-landskap Johor yang tersergam indah.

Kumpulan usia yang yang didapati dalam setiap kategori merangkumi Lelaki Bawah 23, Lelaki Master A (25 hingga 35), Lelaki Master B (36 dan ke atas), Wanita A (18 hingga 35) dan Wanita B (36 dan ke atas).

Berlepas dari Sunway Big Box Iskandar Puteri, kedua-dua laluan tersebut menjanjikan satu pengembaraan mengasyikkan di mana para peserta akan berkesempatan menghayati pelbagai pemandangan yang menakjubkan. Antara bangunan ikonik yang akan dilalui sepanjang laluan Iskandar Puteri termasuklah Legoland dan EnerG X Park, Leisure Farm Resort, Kukup Golf Resort, jalan pinggir laut Muzium Bugis dan banyak lagi.

Kebanyakkan daripada destinasi ini tidak sahaja menonjolkan kekayaaan warisan dan kebudayaan Johor, tetapi juga menyerlahkan komitmen negeri itu untuk mempergiat usaha menjaga kelestarian alam sekitar. Sambil para peserta mengayuh merentasi laluan-laluan ini, mereka sebenarnya telah memulakan suatu perjalanan yang memperkayakan pengalaman dengan mengamati sendiri bagaimana mercu-mercu tanda ini menyumbang kepada penerokaan mesra alam dan amalan kelestarian.

Dengan mengambil bahagian Maybank Cycling Series Johor, para peserta sendiri telah memainkan peranan penting dalam mendukung usaha penjagaan alam sekitar serta menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memelihara khazanah kebudayaan dan alam semula jadi.

Sambil perlumbaan rancak berlangsung, aktiviti di Festival Village juga tidak kurang meriahnya. Perkampungan sementara yang didirikan sementara itu membariskan pelbagai atur cara termasuk persembahan hiburan, kesenian, muzik dan aktiviti amali seperti klinik dan bengkel berbasikal. Tidak ketinggalan aktiviti kanak-kanak seperti perlumbaan basikal tolak (Pushbike), inisiatif ESG dan CSR penanaman pokok serta pameran kesihatan dan kesejahteraan daripada rakan-rakan kongsi yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan.

Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor, Maybank Cycling Series Johor bakal meningkatkan status Johor selaku destinasi premier bagi penganjuran sukan peringkat kebangsaan dan serantau, khususnya berbasikal. “Maybank Cycling Series Johor menjanjikan satu pengalaman kesukanan yang tidak dapat dilupakan buat para pesertanya dan pada masa sama meletakkan Johor sebagai satu destinasi pelancongan yang menawan.

Sokongan padu daripada kerajaan negeri mengukuhkan lagi komitmen kami untuk bukan sekadar memastikan acara-acara sukan di Johor dilangsungkan dengan jayanya, tetapi menjadikannya sebagai satu model yang boleh dicontohi oleh acara lain pada masa akan datang di lain lokasi. Kami ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MSNJ, KPRJ Sports, Maybank dan rakan kongsi yang lain. Kami mendoakan kejayaan acara ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah.

“MSNJ ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penaja utama kami, Maybank, di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan kepada penganjur acara kami, KPRJ Sport, di atas kerjasama dan usaha keras yang telah dicurahkan mereka untuk menjadikan acara julung kali ini sebagai reality. Sokongan yang kami dapat Kerajaan Negeri menyemarakkan lagi kesungguhan kami untuk memastikan Maybank Cycling Series Johor menjadi satu acara yang meninggalkan seribu satu kenangan.

Tidak terhad kepada acara berbasikal semata-mata, kami mengambil kesempatan menerusi penganjuran kali ini untuk membakar semangat dan menggalakkan keterlibatan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja, supaya mereka dapat memupuk minat terhadap sukan. MSNJ komited untuk menyokong dan sentiasa aktif menyumbang kepada pembangunan atlet muda di negeri yang hebat ini. Maybank Cycling Series Johor ini boleh dijadikan sebagai platform untuk kami menunaikan komitmen ini,” kata Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak.

Pendaftaran akan dibuka pada 16 Mei 2024 dan mereka yang berminat boleh mendaftar di laman www.johorcyclingseries.com.

Nurul Naqiyah