Siakap Keli
Gambar Hiasan via CNBC

Harga Minyak Dunia Melonjak 8 Peratus Selepas Rusia Serang Ukraine, Harga Minyak Brent Lepasi RM 420 Per Barel

Harga minyak mentah melonjak pada Khamis berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan harga Brent mencecah USD 100 (RM 420) setong buat kali pertama sejak 2014, lapor CNBC.

Serangan itu dijangka mempunyai implikasi yang meluas untuk pasaran tenaga memandangkan Russia merupakan pengeluar gas asli kedua terbesar di dunia dan salah satu negara pengeluar minyak terbesar di dunia.

Berdasarkan laporan, harga minyak telah melonjak lebih USD 20 (RM84) setong sejak awal tahun lagi, semasa ketegangan Rusia-Ukraine yang semakin memuncak.

Kini, gelombang sekatan antarabangsa dikhuatiri boleh mengganggu bekalan ke atas sektor tenaga Rusia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent dipercayai meningkat lebih 8.1% untuk didagangkan pada USD104.69 (RM439.96) setong semasa dagangan petang di London.

Sementara itu, niaga hadapan A.S. West Texas Intermediate, meningkat lebih 7.7% untuk didagangkan pada USD99.15 (RM416.68). WTI telah didagangkan melebihi USD100 (RM420) setong buat kali pertama sejak 2014 pada awal sesi sebelum mengurangkan keuntungan.

Di samping itu, harga gas asli meningkat 6.5% dan emas spot, secara tradisinya dilihat sebagai aset selamat, meningkat 2.6%, dagangan terakhir pada USD1,957.46 (RM8,226.23) setiap troy auns.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, Putin telah melancarkan pencerobohan secara besar-besaran ke atas Ukraine dan meyeru pemimpin dunia untuk menghentikan presiden tersebut.

Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Kesatuan Eropah, Australia dan Jepun adalah antara negara yang mengumumkan gelombang pertama sekatan terhadap Russia awal minggu ini, menyasarkan bank dan individu kaya.

Serangkaian langkah kedua dijangka secara meluas tidak lama lagi, walaupun beberapa penganalisis percaya kerajaan Barat berkemungkinan akan mengecualikan transaksi tenaga daripada sekatan.

Kata Agensi Tenaga Antarabangsa, negara anggota berada dalam keadaan siap sedia untuk bertindak secara kolektif bagi memastikan pasaran minyak global dibekalkan dengan secukupnya.

Ketidakpastian Terhadap Tindak Balas Sekatan

“Keadaan ekuiti dan pasaran minyak akan kekal tidak menentu pada peringkat ini untuk menyedarkan Presiden Putin,” jelas Tamas Varga, penganalisis kanan di PVM Oil Associates.

Selain itu, Matthew Smith, penganalisis minyak utama untuk Amerika di Kpler, berkata mungkin tidak ada gangguan segera untuk membekalkan walaupun Rusia diserang.

“Eropah dan Russia saling bergantung antara satu sama lain apabila berkait dengan tenaga dan A.S. dan Barat mungkin tidak akan mengenakan sekatan khusus ke atas aliran tenaga,” jelasnya kepada CNBC’s ‘Capital Connection’ tadi.

Tambahnya lagi, berkemungkinan mereka tidak melihat gangguan bahagian bekalan, walaupun segala-galanya semakin meningkat.

Jelas Ellen Wald, presiden Transversal Consulting, selain daripada bekalan yang ketat, terdapat juga ketidakpastian mengenai sekatan yang dilakukan.

“Pengguna A.S akan berasa ‘sakit’ kerana Amerika Syarikat sememangnya mengimport minyak Russia,” kata Wald kepada Street Signs Asia.

Megenai peningkatan di Ukraine, goldman Sachs berkata kesan ke atas harga tenaga harus dihadkan dalam laporan hari Rabu lalu.

“Walaupun Eropah mengimport sebahagian besar penggunaan gas aslinya dari Rusia, AS ialah pengeksport bersih gas asli dan sebarang kesan limpahan ke atas harga gas AS seharusnya sederhana,” kata penganalisis di bank Wall Street.

“Pakar strategi komoditi kami juga menjangkakan hanya impak sederhana ke atas harga minyak, walaupun mereka melihat risiko itu condong ke arah atas kerana pasaran minyak sudah ketat.

Sumber : CNBC

Fathin Nadzira