Siakap Keli
Sumber: NBC

Mantan Presiden Amerika, George W. Bush Kecam Tindakan Rusia Serang Ukraine

Bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-43, George W. Bush dalam satu kenyataan berkata tindakan agresif Rusia ke atas Ukraine merupakan salah satu krisis keselamatan paling teruk di benua Eropah sejak Perang Dunia II.

Pandangan beliau itu dikongsikan oleh seorang wartawan politik senior, Aaron Blake melalui laman Twitter sebentar tadi.

Dalam kenyataan itu, Bush juga berkata beliau menyertai komuniti antarabangsa mengecam pencerobohan yang dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine itu.

Pihak kerajaan dan rakyat Amerika diseru agar bersatu bersama Ukraine dan masyarakatnya untuk menentukan kebebasan dan hak untuk memilih masa hadapan mereka sendiri.

 “Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pembulian menggunakan kuasa dan bahaya yang ditimbulkan oleh Putin,” kata Bush.

“Ukraine adalah rakan dan sekutu demokrasi kita dan mereka berhak mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada negara kita dalam masa yang sukar ini.”

Sumber: Aaron Blake, George W. Bush Presidential Center

Zahirah