Sekurang-kurangnya 5 orang penumpang dipercayai maut selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kyiv.
Memetik daripada laporan khas dari Indiatoday, kejadian ini disahkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine yang menyatakan pesawat yang membawa 14 penumpang tersebut terhempas berhampir ibu negara, Kyiv.
Tidak dapat dipastikan punca kemalangan tersebut.
Difahamkan, kira-kira 40 orang tentera Ukraine dilapor terkorban setakat ini sejak bermulanya serangan Rusia ke atas negara itu. Sebelum ini, tentera Ukraine mendakwa sebuah pesawatnya telah ditembak jatuh di wilayah Luhansk.
Dalam laporan tersebut juga mengatakan bahawa Rusia telah memulakan serangan daripada darat, udara dan laut ke atas Ukraine pada Khamis.
Ukrainian military plane carrying 14 people shot down near Kyiv, killing at least 5 people – REU/ZN pic.twitter.com/tsD7BbnoS6
— BNO News (@BNONews) February 24, 2022
Sumber: Indiatoday