Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagi penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua vaksin, mereka perlu dapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Jelasnya, tempoh masa sebelum ini adalah 28 Februari, tapi untuk memudahkan golongan ini mendapat dos penggalak dan status vaksinasi mereka tidak berubah, Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk melanjutkan sehingga 31 Mac ini.
Justeru bermula 1 April ini jika mereka tidak mendapatkan dos penggalak, maka status vaksinasi kedua-dua golongan ini diklasifikasikan sebagai tidak lengkap.
Khairy berkata demikian menerusi satu sidang media rasmi yang berlangsung sebentar tadi.
Sumber: KKM