Siakap Keli
Sumber: media sosial

(Video) Bagai Letupan Besar, Kilang Di Pasir Gudang Terbakar Petang Tadi

Hari ini tular sebuah video di media sosial berdurasi 43 saat yang memaparkan detik-detik cemas sebuah api besar bagai ‘letupan’ menjulang ke udara.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang awam itu, kelihatan kepulan asap hitam ‘gergasi’ naik ke udara ekoran api yang sedang marak.

Menurut laman Facebook Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru, kejadian tersebut didakwa berlaku di kilang Lotte Chemical Titan yang terletak di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Difahamkan, kebakaran besar di kilang itu berlaku pada petang tadi.

Bagaimanapun punca sebenar kebakaran itu masih belum dikenal pasti setakat ini.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.