Siakap Keli
Gambar : Hello Doktor

Kulit Sering Menjadi Kering Semasa Berpuasa, Amalkan 5 Tips Ini Untuk Kekalkan Kelembapan Kulit

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama seisi keluarga. Perkara yang paling penting haruslah menu yang akan dimasak sebagai juadah berbuka nanti.

Tetapi, harus diingatkan supaya sentiasa mengekalkan hidrasi dengan meminum air secukupnya dan juga mengambil pemakanan yang seimbang supaya kekal aktif dan cergas.

Perasan tak semasa anda berpuasa, kulit anda menjadi kering dan kasar? Padahal semasa bersahur dan berbuka sudah minum air, tetapi kulit masih kering.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengekalkan kelembapan kulit semasa berpuasa?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah.

Kulit Jadi Kering Semasa Berpuasa? Jom Ikut 5 Tips Kulit Sihat Ini

Pernahkah ada orang pesan kepada anda tips kulit sihat yang paling utama adalah kekal hidrasi? Ya, ia mungkin benar namun akan jadi sukar apabila tibanya bulan Ramadan.

Ini kerana puasa akan membuat individu kurang minum air pada hari siang dan hanya mengambilnya pada waktu malam. Justeru, kuantiti yang anda perlukan itu tidak mencukupi.

Persoalannya, bagaimana cara agar kulit kekal sihat di bulan puasa? Jom baca artikel ini!

Ramadan bakal tiba, anda sudah bersedia?

Ramadan adalah bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk dijadikan sebagai waktu paling afdal bagi menjalankan ibadat puasa serta lain-lain.

Namun di kala itu, kesihatan tubuh badan termasuk kulit turut masih perlu dipantau dan dijaga dengan baik agar tidak timbul pula masalah lain terkait dengan perkara ini.

Ketika ini juga, mungkin akan muncul banyak tabiat individu yang boleh beri kesan negatif pada kulit seperti kurang minum air lantas membawa kepada masalah dehidrasi.

Ia adalah antara tabiat yang tidak wajar untuk diteruskan kerana aspek kesihatan dan kecantikan kulit masih perlu untuk anda jaga sepanjang 30 hari berpuasa serta beribadat.

Gambar : Hello Doktor

Berita baik buat anda, kami ada beberapa tips kulit sihat yang penting sepanjang bulan puasa ini!

Tips kulit sihat sepanjang bulan puasa kali ini!

Puasa, puasa juga. Pun begitu, kulit anda masih perlu untuk dipantau dan dijaga agar ia kekal sihat lagi cantik sekali gus mampu tampil menarik di Hari Raya kelak nanti.

Berikut adalah antara tips yang anda boleh amalkan agar kulit tiada masalah sepanjang bulan puasa:

#1. Jangan culas guna produk kulit

Penggunaan aneka produk kulit seperti sabun, krim, losen, minyak, pelembap dan lain-lain adalah sangat penting dalam memastikan kulit kekal berada di tahap yang sihat.

Selepas anda mandi, pastikan 3 produk kulit di bawah ini digunakan untuk kulit yang lebih sihat:

  • Cleansing – membersihkan kulit anda
  • Moisturizing – melembapkan kulit anda
  • Sun protection – melindungi kulit anda daripada cahaya matahari

Pun begitu, anda juga harus tahu bahawa kadangkala kulit anda itu tidak sesuai atau sensitif terhadap produk yang tertentu. Jadi, ambil informasi dan nasihat daripada doktor.

Tips kulit sihat #2. Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap

Gambar : Hello Doktor

Puasa itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk anda bermalasan sahaja di siang hari. Sebaiknya, anda perlu untuk lebih cergas lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.

Tujuannya, agar anda dapat meningkatkan potensi untuk kulit berpeluh dan bernafas sekali gus memaksimumkan sistem dan fungsi kulit agar ia dapat jadi lebih kuat dan sihat.

#3. Dapatkan waktu rehat dengan cukup

Ketika sedang berpuasa dan beribadat di siang hari, memang tidak dapat dinafikan bahawa tubuh badan anda akan mudah dan cepat penat sekali gus memerlukan rehat yang cukup.

Mungkin tidak salah untuk tidur sebentar di waktu dinihari dalam usaha menyegarkan kembali tubuh badan anda. Dengannya, maka kulit anda juga akan lebih sihat dan cantik.

#4. Makan dengan sihat ketika sahur & iftar

Ketika sahur dan iftar, mungkin ramai individu yang kurang peduli akan juadah yang sihat ekoran ketersediaan hidangan yang banyak dan lazat. Namun, anda perlu waspada.

Ini kerana makanan yang kurang dari segi zat dan khasiat berisiko untuk memberikan kesan negatif kepada tubuh badan termasuk pada kulit, lantas menjadikan ia kurang sihat.

Sebaiknya, amalkan untuk ambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta nutrisi sihat dari setiap kelas makanan agar kesihatan tubuh badan dan kulit anda lebih terjamin.

Tips kulit sihat #5. Minum air kosong untuk kulit kekal sihat

Gambar : Hello Doktor

Tips kulit sihat yang terakhir, anda juga perlu lebih prihatin terhadap kuantiti air yang diambil pada bulan puasa ini agar tubuh badan dan kulit kekal terhidrasi dengan baik.

Ya, memang benar anda tidak boleh makan dan minum di siang hari. Jadi, anda perlu untuk menangguhkan atau menggantikan air yang telah hilang itu pada waktu malam.

Dalam erti kata lebih mudah, sila minum air kosong dengan lebih banyak pada waktu malam. Contohnya, anda boleh ambil lebih dari 8 (10 ke 12) gelas air kosong sehari.

Konklusinya, kesihatan kulit anda itu sangat penting untuk dipantau dan dijaga walaupun pada bulan Ramadan. Untuk maklumat lebih terperinci, dapatkan informasi dan nasihat doktor.

Sumber : Hello Doktor

Fathin Nadzira