Siakap Keli

Sekali Lagi Gempa Bumi Landa Utara Sumatera, Lembah Klang Pula Rasai Gegaran

Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter menggegarkan Utara Sumatera, Indonesia, pada pukul 12:02 tengah hari tadi, gegaran kedua yang berlaku selepas jam 9:39 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku 324 kilometer (km) Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai oleh rakyat negara ini yang berada di Lembah Klang.

Sebelum itu, bahagian barat Semenanjung terutama di kawasan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor merasai gegaran gempa yang pertama.

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.