Siakap Keli
Kredit : Business Insider

Tentera Russia Dilapor Berjaya ‘Mendarat’ Di Lapangan Terbang Gostomel, Luar Kyiv

Tentera Russia telah berjaya melakukan operasi pendaratan di Lapangan Terbang Gostomel di luar Kyiv, lapor CTGN.

Memetik daripada laporan Business Insider, angkatan tentera Ukraine dan Russia telah berjuang untuk mengawal lapangan terbang tersebut.

Peranan lapangan terbang tersebut adalah sebagai pusat kargo dan lokasinya berdekatan dengan ibu negara. Jadi, ia dapat membantu serangan Russia.

Selain itu, menerusi perkongsian di laman ciapan CTGN, Menteri Pertahanan juga melaporkan bahawa tentera Russia juga berjaya menyekat bandar Chernigov di utara Ukraine.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan didakwa mengesahkan perampasan kawalan ke atas RFN Chernobyl oleh tentera Russia serta Lapangan Terbang Gostomel di luar Kyiv, lapor Sputnik News.

“Pada masa ini, unit Angkatan Tentera Russia telah menyelesaikan sekatan bandar Cherginov,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Igor Konashenkov pada hari Jumaat.

Berdasarkan laporan, Chernigov merupakan bandar purba yang terletak sekitar 150 kilometer (93 batu) di utara Kyiv.

Bandar tersebut dilaporkan telah disekat semasa operasi ketenteraan khas oleh tentera Russia di Ukraine yang bermula pada Khamis lalu.

Dalam laporan tersebut turut menyatakan bahawa tentera Russia telah menggunakan senjata tepat untuk meneutralkan infrastruktur ketenteraan Ukraine dengan menyasarkan lapangan terbang dan pertahanan udara.

MoD turut menyatakan bahawa tiada ancaman yang berlaku kepada penduduk awam.

Sumber : Twitter CTGN, Business Insider, Sputnik News

Fathin Nadzira