Siakap Keli
Kredit : TikTok krhey

(Video) Berbakat, 5 Beranak Belanja Lagu “Anak Lima” Guna Gendang Tradisional Buat Ramai Terpegun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum mengetahui bahawa bangsa-bangsa di Malaysia kaya dengan budaya tersendiri. Bukan sahaja dari segi pemakaian dan makanan, tetapi juga kaya dengan adat dan hiburan.

Kalau diimbas kembali pada zaman dahulu, dendangan muzik tradisional selalu dimainkan pada musim keramaian atau di istana-istana raja sahaja.

Tetapi kini, muzik tradisional masih terkenal dan tak lapuk dek zaman kerana masih ada segelintir masyarakat mengamalkan tradisi ini, terutamanya di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Memang menggamit kenangan kalau dengar alunan muzik tersebut.

Apa yang lebih menariknya adalah tradisi ini akan diturunkan kepada waris-waris terbaharu yang berminat untuk meneruskan legasinya.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok krhey, lelaki ini bersama-sama anaknya sedang bermain alatan muzik tradisional ketika memenuhi permintaan warganet untuk memainkan lagu Anak Lima.

Walaupun hanya bermain di ruang tamu secara santai, tetapi cara pukulan dan alunannya sangat merdu seperti sedang membuat persembahan.

Video yang dimuat naik olehnya itu telah menarik perhatian warganet dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 43.7k. Rata-ratanya kagum melihat bakat mereka sekeluarga.

Sungguh berbakat sekali apabila keempat-empat anaknya itu bermain alatan muzik bak seorang profesional.

@krhery

Balas kepada @mankantarro santai bersama anak² #fyppppp#fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚viral #muziktradisionalorangasli

♬ bunyi asal – Khairi rani – Khairi rani

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet kagum dengan bakat keluarga tersebut dan ada yang meninggalkan permintaan lagu lain untuk dimainkan.

Kredit : TikTok krhey
Kredit : TikTok krhey
Kredit : TikTok krhey
Kredit : TikTok krhey

Sumber : TikTok krhey

Fathin Nadzira