Siakap Keli
Kredit: Wonder of Science

(Video) Menakjubkan, Suar Suria Gergasi ‘Menari-Nari’ Berjaya Dirakam Oleh Satelit

Menakjubkan, Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melalui satelit berjaya merakam pancaran suar suria gergasi yang kelihatan seperti ‘menari’ di luar permukaan matahari. Video tersebut dimuat naik oleh Wonder of Science melalui akaun Twitternya.

Menurut NASA, suar suria ialah letupan sinaran yang kuat datang daripada pembebasan tenaga magnet yang dikaitkan dengan bintik matahari. Percikan solar adalah peristiwan letupan yang besar pada sistem suria.

“Ia dilihat sebagai kawasan terang di bawah matahari dan ia boleh bertahan selama beberapa minit hingga beberapa jam.

“Pada kebiasaannya kita melihat suar suria oleh foton (atau cahaya) yang dikeluarkannya paling banyak  setiap panjang gelombang spektrum. 

“Cara utama kami memantau suar adalah dalam sinar-x dan cahaya optik. Percikan cahaya solar juga merupakan tapak di mana zarah (elektron, proton, dan zarah yang lebih berat) dipercepatkan,” jelas NASA. 

Sumber: Wonder of Science, NASA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.