Siakap Keli

‘Dimarahi’ Anak Kerana Tak Kaya, Ayah Hanya Mampu Ketawa & Sabar Layan Karenah Anak

Anak merupakan permata hati kedua-dua ibu bapa. Segala perkara yang dilakukan adalah untuk memberikan keselesaan dan kebahagian kepada anak-anak mereka.

Namun, setiap anak pastinya akan berasa sedih melihat ibu dan ayah mereka bertungkus lumus mencari wang bagi menyara mereka. Walaupun hasil yang didapatinya sedikit, namun ia sudah cukup memadai. Asalkan anak dan keluarganya tidak putus bekalan makanan.

Sebuah video tular apabila seorang anak kecil memarahi ayahnya yang bekerja setiap hari tetapi masih tiada wang.

Dalam video tersebut, terlihat anaknya menghampiri ayahnya yang sedang bekerja di sebuah kedai.

Pada ketika itu, ayahnya sedang memasukkan barang ke dalam guni dan anaknya telah menyeluk poket baju ayahnya.

Memetik daripada kapsyen di akaun Instagram fakta.berita, anak kecil itu rupanya mengeluh kepada ayahnya kerana selalu bekerja setiap hari tetapi masih tiada duit.

Dia juga berkata bapanya sering membuahkan hasil kerana dia tidak cukup duit.

Akan tetapi, bapanya masih tersenyum walaupun anaknya berkata sedemikian.

Memetik daripada kapsyen video itu, si bapa pun mencuba menjelaskan kepada anaknya bahawa dia bekerja demi membeli makanan ringan kepada anaknya.

Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan di TikTok ah.katawa sebanyak 1.5juta dan jumlah tanda suka di Instagram fakta.berita sebanyak 1.5k.

Sumber : Instagram fakta.berita

Fathin Nadzira