Apabila berlakunya bencana gempa bumi, semua orang dikehendaki berkumpul di sesuatu tempat yang luas dan lapang iaitu di assembling point bagi tujuan keselamatan.
Namun begitu, bagaimana pula bagi orang yang berada di dalam bangunan? Adakah mereka perlu lari keluar semasa gempa bumi itu sedang berlaku? Atau mereka perlu berada di dalam bangunan itu sahaja sehingga keadaan menjadi reda semula?
Seorang pengguna Tiktok, @architectrussell berkongsi satu video mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang berada di dalam bangunan semasa berlakunya gempa bumi.
Menurut pemilik video, jangan meninggalkan bangunan pada waktu gempa berlaku atau menggunakan lift untuk keluar daripada bangunan. Kebiasaannya, gempa bumi hanya berlaku dalam beberapa saat sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang keluar pada waktu berlakunya bencana, mereka lebih cenderong untuk terkena objek di kawasan sekitar dan tidak dapat menjamin keselamatan.
Jadi, ini perkara yang perlu dilakukan agar kekal selamat meskipun berada di dalam bangunan semasa gempa bumi berlaku:
1. Jika anda baru sahaja terjaga dari tidur dan masih berada di atas katil, selimutkan diri anda dengan bantal atau selimut.
2. Anda juga perlu menjauhkan diri anda daripada sebarang kaca dan pintu.
3. Anda boleh berlindung di bawah beberapa perabot yang kukuh seperti meja atau katil. Sekiranya anda boleh muat di bawah perabot tersebut, maka anda digalakkan untuk bertahan di bawahnya selama bencana itu berlaku.
4. Sekiranya gempa bumi sudah berhenti, maka anda boleh keluar dan digalakkan untuk menjauhi sebarang bangunan, pokok dan sebagainya.
@architectrussell Earthquake Safety! #earthquake #philippinestiktokers #tiktokphililippines #tiktoktokyo #tanzaniatiktok #safetytips #earthquakedrill #quake
Sumber: Tiktok