Dua jalan di Kemaman, Terengganu dilaporkan ditutup setelah kedua-dua laluan tersebut dinaiki air dari kedua arah akibat banjir yang melanda Pantai Timur.
Menurut maklumat terkini dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Jalan Air Putih dan jalan ke bandar Cukai (FT237) selepas susur keluar Plaza Tol Cukai ditutup kepada semua kenderaan.
Sehingga jam 8.46 pagi tadi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa jalan berkenaan masih ditutup.
Oleh itu, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke destinasi terbabit diminta menggunakan jalan alternatif lain sehingga jalan dibuka semula.
https://www.facebook.com/LembagaLebuhrayaMalaysia/posts/322488373255535
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia