Siakap Keli
Gambar : TikTok yusnitanurwijayant

(Video) Pengantin Tiba-tiba Histeria, MUA Terpaksa Solek Wajah Pengantin Tengah Pengsan

Bermacam-macam ragam yang kita lihat mengenai kisah MUA dan juga pengantin. Antara yang selalu kita dengarkan apabila solekan yang diminta menjadi mimpi ngeri buat pengantin pada hari perkahwinannya.

Namun, tular satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok yusnitanurwijayant mengenai kejadian yang dirasainya semasa menyolek wajah pengantin.

Apa yang anehnya adalah dia berkongsikan pengalamannya menyolek wajah pengantin yang ketka itu sedang tidur.

Kejadian tersebut sama seperti salah satu babak dalam filem animasi Sleeping Beauty, di mana puterinya tertidur disebabkan oleh tertusuk jarum pada jarinya. Cuma yang membezakannya adalah punca pengantin tersebut tertidur disebabkan terkena histeria.

Menurutnya dalam video, pengantin tersebut pada akhirnya pengsan selepas dirawat oleh bomoh dan terpaksa dimasukkan air ke dalam badan.

Dia akhirnya terpaksa menyolek wajah pengantin tersebut dalam keadaan tidur.

@yunitanurwijayant

Mekapin kaya gn kserasa mekapin org maot astaghfirullah fyp viral

♬ suara asli – MAKEUP BY NWJ – MAKEUP BY NWJ

@yunitanurwijayant

Pengantin pinsan terus, kesurupan, mana kesurupannya pindah ke yg lain. Terpaksa Lg tidur di mekapin sambil di infus #viral #fyp #MUAVIRAL

♬ suara asli – Els Warouw🎶 – Els Warouw🎶

Video yang dimuat naik tersebut telah menarik perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 5.9 juta tontonan.

Dalam video kedua yang dikongsikannya, dia menceritakan bahawa pengantin wanita itu telah tersedar dan dipapah untuk ke majlisnya dan tak lama selepas itu, pengsan balik sehingga jam 2 petang.

@yunitanurwijayant

Balas @epink36 Lanjutannya akhirnya keluar sebentar habis itu pinsan lagi #fyp #viral #KredivoSefleksibelItu

♬ suara asli – MAKEUP BY NWJ – MAKEUP BY NWJ

Sumber : TikTok yusnitanurwijayant

Fathin Nadzira