Sejak serangan demi serangan dilancarkan oleh Rusia, presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melakukan seribu satu cara untuk menghentikan serangan tersebut.
Selain cuba menghubungi kerajaan Rusia untuk menarik semula arahan serangan, Zelenskyy turut memberi ucapan ‘menyentuh hati’ buat rakyat Rusia sebagai usaha pendamaian.
Dalam ucapan tersebut, Zelenskyy menyeru rakyat Rusia menggunakan kuasa mereka bagi menghentikan tindakan pemerintah dari melancarkan serangan terhadap Ukraine.
“Saya cuba menghubungi presiden Rusia melalui panggilan telefon. Hasilnya? Senyap. Walaupun suasana senyap ini sepatutnya berlaku di Donbas.
“Oleh itu, saya tampil hari ini memohon kepada semua warga Rusia. Bukan sebagai presiden. Saya memohon kepada masyarakat di Rusia sebagai rakyat Ukraine,” kata Zelenskyy.
Ucap beliau dalam rakaman tersebut, ratusan ribu tentera Rusia kini berada di sempadan yang dikongsi dua negara itu atas nama kebebasan untuk rakyat Ukraine.
“Kita berkongsi sempadan lebih dari 200 kilometer. Di sempadan itu hari ini, ada hampir 200,000 askar anda, ribuan unit tentera.
“Pemimpin anda telah membenarkan mereka mara kepada kami, ke kawasan negara lain. Langkah ini mampu mencetuskan perang besar di benua Eropah.
“Anda diberitahu ia akan membawa kebebasan kepada rakyat Ukraine. Tetapi rakyat Ukraine telah pun bebas,” katanya.
Tambah Zelenskyy, kedamaian sangat penting untuk masyarakat Ukraine dan dia juga yakin akan pentingnya kedamaian untuk rakyat Rusia.
“Kebanyakan daripada anda pernah berkunjung ke Ukraine sebelum ini. Tak sedikit yang punya saudara mara di Ukraine. Sesetengah daripada anda belajar di universiti kami, berkawan dengan masyarakat Ukraine.
“Anda tahu karakter kami, anda kenal masyarakat kami, anda tahu prinsip kami, anda tahu apa yang kami raikan. Renung ke dalam diri anda, dengarlah suara kami.
“Rakyat Ukraine mahukan kedamaian, pihak berkuasa Ukraine mahukan kedamaian. Semua ini penting untuk kami, penting untuk kedamaian kami. Saya tahu ia juga penting untuk anda,” ujar beliau dalam ucapan tersebut.
.@ZelenskyyUa's tv address to the Russian (!) people might be the most moving speech that I've ever seen in my entire life. The whole world needs to see, understand and share this crucial Ukrainian message.#StandWithUkraine #Ukraine #Україна #Russia #Россия pic.twitter.com/WoMOgqXTWX
— Patrick Moelleken 🇺🇦 (@PMoelleken) February 24, 2022
Sumber: Twitter Patrick Moelleken