Siakap Keli
tentera ukraine
Gambar Sekadar Hiasan

Tentera Ukraine Dilapor Terbunuh Di Pulau Zmiiyni Didakwa Masih Hidup

Seramai 13 anggota tentera Ukraine yang dilaporkan terkorban semasa sedang bertugas mengawal sempadan Pulau Zmiiyni atau Pulau Ular mungkin masih hidup, lapor Mirror.

Terdahulu tular satu rakaman suara yang mendakwa bahawa semua anggota tentera itu telah terbunuh selepas ditembak tentera Rusia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky juga berkata kesemua tentera itu akan diiktiraf sebagai pahlawan.

Bagaimanapun, sejak semalam telah tular berkenaan kesemua tentera itu mungkin terselamat.

Perkhidmatan Pengawal Sempadan Negara Ukraine berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di dalam Facebook mereka bahawa semua pengawal itu mungkin masih hidup.

Hal ini kerana tidak lama selepas serangan itu, media Rusia melaporkan tentera tersebut telah dibawa sebagai tahanan dari pangkalan di Pulau Ular di Laut Hitam ke Sevastopol, sebuah bandar pelabuhan Crimea.

Pegawai Ukraine berkata bahawa pengawal sempadan diserang oleh pesawat Rusia dan mereka kemudian tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, kementerian pertahanan Rusia berkata pada Jumaat lalu bahawa 82 askar Ukraine di pulau itu telah menyerah diri kepada mereka secara sukarela, tetapi tidak menyebut mengenai kematian.

“Mereka meletakkan senjata dan menyerah diri secara sukarela kepada unit Angkatan Tentera Rusia,” kata Mejar Jeneral Rusia, Igor.

Terdahulu, anggota tentera yang bertugas mengawal sempadan mempertahankan Pulau Zmiiyni atau Pulau Ular yang terletak di Laut Hitam dilaporkan terkorban dipercayai daripada serangan tentera laut Rusia.

Memetik daripada laporan media tempatan, seramai 13 anggota yang ditempatkan di Pulau Ular  di wilayah Odessa terbunuh selepas meminta supaya tentera Rusia berpatah balik selepas mereka diarah menyerah diri.

Dalam satu rakaman video suara berdurasi 28 saat ini mendakwa pesawat tersebut milik Rusia dan meminta tentera Ukraine untuk menyerahkan diri untuk mengelakkan pertumpahan darah berlaku.

Bagaimanapun, tentera Ukraine berkeras demi mempertahankan hak negaranya dan enggan melepaskan wilayah tersebut dengan membalas mesej bantahan dengan berkata “pergilah.”

Pulau Ular ini juga dikenali sebagai Zmiinyi terletak jarak hanya beberapa batu nautika daripada pantai anggota NATO Romania. Pulau ini mempunyai kepentingan iaitu kedudukan strategik untuk menuntut wilayah di perairan sejauh 12 batu nautika dari laut.

Konashenkov. 

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story