Menerusi satu rakaman video, wanita tersebut dilihat cuba mengangkat peralatan senaman seberat 180kg di gimnasium Gym Fitness Sport di Mexico itu pada Isnin, 21 Februari yang lalu.
Dalam video tersebut juga kelihatan seorang lelaki yang memakai baju hitam cuba untuk melaraskan berat pada peranti itu sebelum wanita berkenaan cuba mengangkatnya.
Apabila ia dilepaskan, dia cuba memegang barbel tersebut. Namun, barbel tersebut tiba-tiba jatuh dan mengenai lehernya. Wanita itu dilaporkan maut di tempat kejadian.
Seorang lelaki dan wanita muda segera bergegas membantu untuk melepaskan mangsa dari tersepit, namun gagal untuk mengangkat besi tersebut.
Dua orang yang berada dalam gim tersebut kemudiannya datang dan berjaya melepaskan wanita itu. Namun malangnya, wanita itu tidak dapat diselamatkan.
Wanita yang tidak didedahkan namanya dalam media tempatan dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun.
Siasatan berkenaan kejadian tersebut sedang giat dijalankan oleh pejabat pendakwa raya negeri.
Sementara itu, pemilik gim tersebut dilaporkan telah disoal siasat bagi mengesahkan identiti wanita berkenaan.
Sumber: Daily Star