Siakap Keli
Gambar: Soompi & HelloKpop

Kim Hyun Joong Dari Boys Over Flower Umum Bakal Berkahwin

Pelakon drama popular Boys Over Flower Kim Hyun Joong dilapor bakal berkahwin. Kim Hyun Joong yang juga merupakan salah seorang bekas ahli kumpulan Kpop SS501 dilapor bakal berkahwin dengan tunangnya yang bukan seorang selebriti, lapor Mothership

Menurut Allkpop menerusi Mothership, pengumuman Kim bakal berkahwin dengan tunangnya dilakukan sebaik sahaja dia menamatkan konsert hibridnya.

“Saya membuat keputusan untuk mengharungi kehidupan masa depan saya bersama-sama dengan orang yang ada di saat saya paling sukar dan susah,” katanya semasa konsert pada 27 Februari lalu.

Hal ini juga disahkan oleh agensi Kim Hyun Joong sendiri iaitu HENECIA.

“Hari ini, artis kami Kim Hyun Joong memaklumkan bahawa dia akan berkahwin.

“Memandangkan sekarang situasi pandemik, maka dia sudah menjalankan beberapa prosedur acara majlis dan lain-lain.

“Kami dengan hormatnya meminta agar anda (peminat) elakkan daripada melakukan sebarang spekulasi terhadap artis kami.

“Kami harap anda dapat memberikan sokongan terhadap mereka,” tulis agensi Kim, HENECIA.

Terdahulu, Kim Hyun Joong pernah popular menerusi beberapa drama bersiri hangat Korea Selatan yang berjudul, Boys Over Flower dan Playful Kiss.

Sumber: Mothership & Allkpop

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.