Siakap Keli
TikTok: @mohdzainalyt

(Video) Akhirnya Terjawab, Lelaki Ni Kongsi Bunyi Udang Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ramai yang pernah bergurau tentang bagaimana bunyi udang kan? Entah kenapa ia sering menjadi bahan ketawa dalam perbualan kita.

Jika bercakap tentang haiwan seperti kucing, lembu, ayam, sudah pasti kita biasa dengar bagaimana bunyi mereka. Tetapi berbeza pula dengan haiwan hidupan laut, agak sukar untuk kita mengenal pasti bagaimana bunyinya.

Sebenarnya, tak ramai yang tahu bahawa udang juga boleh mengeluarkan bunyi seperti haiwan lain. Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @mohdzainalyt, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan seekor udang yang dipegangnya dan kedengaran bunyi halus yang dikeluarkan oleh udang tersebut.

Berikut adalah video yang diikongsikan oleh beliau menerusi aplikasi TikTok.

@mohdzainalyt

Reply to @abang_naz NI BUNYI UDANG . AKU X EDIT YA. ORIGINAL

♬ original sound – Mohd Zainal505 – Mohd Zainal505

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah meraih sebanyak 84.5k tontonan dan 3,988 tanda suka. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan reaksi dan komen mereka mengenai video tersebut.

Sumber: TikTok

Aireena Marizan