Siakap Keli
Gambar Via Norul Madihah

“Minum Guna Straw”, Doktor Ni Kongsi Tips Elak Gigi Kekuningan Untuk Penggemar Kopi & Teh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kopi dan teh merupakan antara minuman yang sangat digemari di seluruh dunia. Bahkan, ada sesetengah orang yang ‘tidak boleh hidup’ tanpa meminum secawan kopi setiap hari.

Tidak cuma itu, sejak dahulu lagi kopi dianggap sebagai minuman yang boleh memberikan tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk.

Pun begitu,  kopi dan teh juga sebenarnya turut memberi kesan kepada kesihatan gigi. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa gigi akan mudah menjadi kuning dan sensitif selepas meminum kedua-dua minuman tersebut.

Justeru, seorang doktor gigi, Dr Norul Madihah berkongsikan tujuh tips untuk mengurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Untuk penggemar kopi dan teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning. Bukan tu saja, gigi pun boleh jadi sensitif.

InsyaAllah kali ni saya cerita tips untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi

1) Minum guna straw dan elakkan minum terus dari cawan/gelas.

Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju direct kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu.

Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi —> lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi/teh.

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.

4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi/teh. Tunggu 30 minit – 1 jam dulu.

Kedua-dua minuman ni berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut —> struktur gigi jadi lebih lemah.

5) ‘Latte’ lebih baik dari ‘americano’!

Secara ringkas, susu dalam kopi/teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam one-shot lebih baik dari minum sikit demi sikit.

Bukan lah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula.

Point dia di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus & floss gigi.

Kebersihan yang tak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ni minum kopi, tak akan ada kesan ka? Tak lah begitu. Kesan tu masih ada, cuma kurang.

Boleh share kepada geng-geng mengopi anda!

Sumber: Norul Madihahh

Sofea

There's always another side to every story