Siakap Keli

Pasangan Curang Boleh Didakwa Di Mahkamah, Peguam Ni ‘Ajar’ Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasang surut kehidupan bila sudah berumah tangga adalah lumrah bagi setiap pasangan. Kata orang dulu-dulu ‘sedangkan lidah tergigit’ ini kan pula suami isteri, pasti ada juga sedikit perselisihan faham.

Bercakap soal cemburu pula, pasangan mana yang tidak ada rasa cemburu. Lagi-lagi perempuan jika suami usik mengusik soal bermadu, bersiap sedialah para suami mendengar leteran si isteri. Cemburu itu tanda sayang, jadi wajarlah jika pasangan kita mempunyai sifat cemburu.

Jika tadi bercakap soal usik-mengusik, bagaimana pula jika pasangan kita benar-benar curang di belakang kita? Apa tindakan yang kita boleh ambil? Menjawab persoalan ini, kami kongsikan bebenang dari kicauan Twitter seorang peguam, Hafidzah Hassan (gambar).

Beliua jelaskan dengan lebih terperinci akta dan tindakan yang boleh diambil jika pasangan kecurangan. Ikuti perkongsian yang telah Siakap Keli sertakan di bawah. Semoga bermanfaat.

SOALAN CURANG, BOLEH DIDAKWA, DISAMAN? (dalam konteks undang-undang syariah)

BOLEHKAH ISTERI ATAU SUAMI MENDAKWA PASANGANNYA YANG CURANG?

Sebelum menyatakan boleh atau tidak, terlebih dahulu kita perlu memeriksa sama ada:

1. Ia melibatkan isteri atau suami;

2. Istilah curang ini adalah curang dengan cara mempunyai kekasih; atau 

3. Curang sehingga membawa ke perlakuan zina; atau

4. Curang dan mempengaruhi pasangannya supaya menceraikan; atau

5. Curang yang menyebabkan mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga, nafkah zahir dan batin

BAGAIMANA?

1. Kita perlu membezakan antara pendakwaan (yang dibuat oleh pendakwa syarie) dengan tindakan menuntut hak melalui tindakan saman.

2. Bagi kes kes curang yang menjadi jenayah syariah, pihak yang terkesan boleh mefailkan aduan di mahkamah syariah dan pendakwa syarie akan membuka kertas siasatan dan seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah.

3. Bagi kes- kes curang yang tidak melibatkan hal jenayah, tuntutan syariah boleh dibuat seperti memfailkan permohonan nusyuz, cerai dan sebagainya.

ADAKAH TERDAPAT AKTA UNTUK PASANGAN YANG CURANG BOLEH DIDAKWA?

Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang. Mengganggu rumah tangga orang lain (HANYA TERPAKAI DI PAHANG)

Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh,

apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

WILAYAH PERSEKUTUAN (Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur) :

Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

SELANGOR ENAKMEN 9 TAHUN 1995 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995 BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan.

Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

KANUN KESEKSAAN

Seksyen 498. Mana-mana individu yang memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat supaya perempuan itu melakukan persetubuhan yang ditegah dgn mana mana orang.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua duanya sekali jika sabit bersalah. Seksyen 34, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan

Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SUAMI/ ISTERI YANG MENDAPATI PASANGANNYA CURANG?

Berdasarkan undang-undang di atas, konteks yang digunakan oleh mahkamah syariah adalah berkenaan gangguan orang ketiga yang meghalang, memaksa , (continue)

Memujuk menghasut pasangan seseorang itu untuk bercerai dan/atau mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, dan menghalang mereka hidup sebagai suami isteri adalah satu jenayah syariah.

Maka memandangkan persoalan di sini adalah isu curang, maka dalam konteks ini adalah merangkumi suami/ isteri yang curang itu tidak ada apa-apa dakwaan ke atasnya melainkan kekasihya tadi dilaporkan kepada pendakwaan syarie sebagai (continue)

Maka memandangkan persoalan di sini adalah isu curang, maka dalam konteks ini adalah merangkumi suami/ isteri yang curang itu tidak ada apa-apa dakwaan ke atasnya melainkan kekasihya tadi dilaporkan kepada pendakwaan syarie sebagai (continue)

DARI SUDUT KONTEKS

Kita selalu salah bahawa hanya orang ketiga yg menyebabkan curang sahaja boleh didakwa sedangkan ia boleh juga merangkumi mana-mana pihak yang memaksa, menghalang, menghasut /atau memujuk termasuk ibu bapa, ipar duai, adik beradik, sahabat, dan sesiapa sahaja.

Bagi lelaki yg melarikan isteri org, boleh dihukum di bawah kanun keseksaan namun isteri yg melarikan suami org tiada sbrg peruntukan serupa.

Bagi perkahwinan sivil di bawah law reform marriage act 1976, isteri atau suami yg terkesan boleh menyaman pihak ketiga untuk gantirugi yg menyebabkan pihak2 mengalami keretakan rumah tangga dan bercerai.

Namun tiada peruntukan serupa untuk pasangan beragama islam.

KESIMPULAN  

Berdasarkan Akta/peruntukkan yang ada Malaysia, perbuatan yang dianggap sebagai gangguan org ketiga :

1. memujuk lari atau bawak pergi  atau mempengaruhi perempuan bersuami supaya tinggalkan rumahtangga. 

2. Menghalang pasangan suami isteri  yg daripada hidup sebagai suami isteri.

3. menghasut memaksa memujuk suami atau isteri abaikan tanggungjawab.

Sumber: Twitter Hafidzah Hassan

Faiz Mustafa