Siakap Keli
Kredit: Bernama

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu Sesi 2023/2024 & Prasekolah Dibuka Mulai 1 Mac, Ini Pautannya

Tidak lama lagi sesi persekolahan penggal yang baru akan dibuka. Murid-murid yang dahulunya bersekolah tadika atau pra-sekolah, kini mereka sudah melangkah darjah satu pula.

Manakala bagi yang berusia empat ke lima tahun, mereka pula akan melangkah ke sekolah tadika ataupun pra-sekolah. Jadi, inilah peranan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka di peringkat pendidikan masing-masing.

Menerusi laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka memaklumkan bahawa ibu bapa sudah boleh mula mendaftar anak mereka sebagai pelajar tahun 1 untuk sesi 2023/2024 bermula 1 Mac hari ini.

Berikut kami sertakan link dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan para ibu bapa mengisi borang.

  • Pendaftaran tahun 1 di SINI
  • Pendaftaran prasekolah di SINI

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.