Siakap Keli

(Video) Seram, Kelibat Seakan Wanita Berambut Panjang & Berpakaian Putih Di Sebalik Air Terjun Terakam

Mendaki merupakan satu aktiviti riadah yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan, selain dapat menikmati pemandangan yang cukup mengujakan.

Bagaimanapun, ‘pemandangan’ yang dirakam oleh seorang lelaki di TikTok ini menarik perhatian ramai apabila ‘kelibat‘ berambut panjang dan berpakaian putih didakwa telah muncul di sebalik air terjun.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @kifley02 itu, rakaman pada awalnya tertumpu kepada bahagian kakinya yang dilihat telah ‘diserang’ oleh puluhan pacat.

Tidak lama selepas itu, kamera dialihkan kepada pemandangan sekeliling dan ketika itulah ‘kelibat’ didakwa dapat dilihat. ‘Ia’ seakan sedang duduk ‘menikmati’ air terjun tersebut.

Pun begitu, lokasi tempat pendakian itu tidak didedahkan.

@kifley02

agak2 binatang ni ada berapa ekor ? #fypシ #tiktokindonesia #hiking #waterfall

♬ Gatal – Janna Nick

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 4.9 juta kali dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang terkejut melihat ‘kelibat’ tersebut.

Sumber: kifley02

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.