Siakap Keli
D.I.Y penutup tisu basah
Gambar: Ivy andrade

Cara D.I.Y Penutup Tisu Basah Jadi Mainan “Hide & Seek” Untuk Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa kepada anak-anak kecil mesti sudah tidak asing lagi dengan tisu basah. Kebiasaannya ia digunakan untuk membersihkan badan bayi. Jadi apa nak buat dengan bekas tisu basah dah habis? Jangan terus buang, kalau korang nak tahu, penutup tisu basah boleh D.I.Y jadi permainan untuk anak-anak korang tau.

D.I.Y penutup tisu basah menjadi permainan ini sedikit sebanyak boleh juga menjimatkan duit korang. Tak perlu membeli mainan baharu yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Jadi, sila cabut penutup tisu basah itu sebelum dibuang okay.

Seperti yang dikongsi oleh Ive andrade di TikToknya dia menunjukkan bagaimana dia menggunakan penutup tisu basah tersebut untuk menghasilkan permainan Hide & Seek untuk anaknya.

Gunakan 5/6 penutup tisu basah yang sudah anda ambil dari plastik tersebut dan lekatkan pada mana-mana papan yang keras sama ada kotak, papan putih kecil, dan lain-lain. Kemudian anda boleh menyusun penutup tersebut mengikut kreativiti masing-masing dan lekatkan dengan selotip.

Seterusnya anda boleh isikan apa-apa mainan ataupun kertas yang mempunyai huruf untuk anak anda cari dan teka.

Menerusi kapsyennya pemilik mengatakan yang permainan tersebut diinspirasi daripada permainan yang dimainkan oleh selebriti Korea dan juga bekas ahli Running Man, Gary dan anaknya Ha Oh.

@potatok2020

Reply to @ecacahmi Sharing this idea fr Gary & Ha Oh. Tag a parent that need this. #diytoy #toddlerdiy #learnontiktok #toddlertips

♬ Pamela – Vhong Navarro

Simpan penutup bekas tisu sekarang

Jadi, apa tunggu, cuba tengok kalau ada bekas-bekas tisu basah yang dah habis. Korang dah boleh mula simpan dah penutup-penutup bekas itu dari sekarang.

Mana tahu, selain dibuat permainan Hide & Seek, korang dapat inspirasi untuk menghasilkan permainan lain pula.

Boleh share dengan ibu bapa yang lain pula nanti. Sekurang-kurangnya, sampan yang nak dibuang itu boleh dikitar semula. Ada manfaat untuk korang (jimat duit beli mainan), dapat hiburkan anak-anak (teruja tengok mak buat sendiri) dan pada masa yang sama boleh mengelakkan alam sekitar tercemar.

Bukan apa, alam ini nanti akan diwarisi dan didiami anak-anak kita jugak kan.

BACA: (Video) Hanya Guna Kotak, Lelaki Kongsi D.I.Y Buat Jadi Rak Tv, Nampak Macam Rak Mahal

Sumber: Ive andrade

Zahirah