Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

TERKINI: Awas, 9 Negeri & 3 Wilayah Dibadai Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga 8 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 7 dan 8 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 4:45 petang tadi menunjukkan terdapat sembilan negeri dan tiga wilayah yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Antara kawasan yang dijangka terlibat sehingga jam 7 malam ini adalah di sebelah pantai Barat semenanjung Malaysia melibatkan negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Beralih ke Negeri Sembilan pula, empat kawasan dijangka terlibat iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau. Manakala seluruh negeri Melaka dijangka akan mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Di Selangor pula melibatkan lima daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Tidak ketinggalan juga bagi seluruh kawasan di WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur. Manakala di sebelah selatan pula melibatkan tujuh daerah di negeri Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Beralih ke negeri di Pantai Timur pula melibatkan negeri Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Maran.

Manakala di negeri Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

Di negeri Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Tidak ketinggalan juga bagi seluruh kawasan di wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Manakala kawasan yang dijangka mengalami hujan dan ribut petir sehingga jam 8 malam pula melibatkan tiga negeri iaitu Kedah (Sik dan Baling), Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan hulu Perak.

Selangor juga tidak ketinggalan iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: Met Malaysia

Nadhirah