Tahukah anda sejarah kadar dividen KWSP pada tahun-tahun sebelumnya? Sempena pengumuman kadar dividen bagi tahun 2021 kepada umum sebentar tadi, SK ingin berkongsi sedikit informasi mengenai kadar pemberian dividen yang pernah diberikan sebelum ini, daripada tahun 1952 sehingga terbaru, tahun 2021.
Untuk yang belum tahu, dividen bagi tahun 2021 adalah sebanyak 6.10 peratus untuk Konvensional, manakala untuk Simpanan Shariah pula adalah sebanyak 5.65 peratus.
Sebelum itu, apakah maksud kadar dividen KWSP?
Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional. Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Sejarah kadar dividen KWSP
Berbalik kepada sejarah, kami senaraikan seperti dibawah yang diambil daripada portal rasmi KWSP sendiri.
Anda boleh menyemak secara terperinci semua maklumat mengenai caruman anda secara atas talian melalui i-Akaun (Ahli). Antara maklumat yang boleh disemak seperti:
- Maklumat caruman bulanan adalah sama dengan potongan gaji anda.
- Maklumat mengenai pelarasan akaun anda (jika ada).