Siakap Keli
dividen kwsp

Dividen KWSP 2021, 6.10% Konvensional & 5.65 Untuk Shariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi mengumumkan pulangan dividen untuk kedua-dua jenis Simpanan Konvensional dan Shariah.

Menurut Astro Awani, dividen untuk Simpanan Konvensional adalah 6.10 peratus manakala untuk Simpanan Shariah pula adalah 5.65 peratus.

Ia melibatkan agihan sebanyak RM 50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional. Manakala bagi Simpanan Shariah pula melibatkan agihan sebanyak RM 6.27 bilion. Jumlah agihan terkumpul untuk 2021 adalah sebanyak RM 56.72 bilion.

Semakan amaun dividen 2021 boleh mula disemak bermula 6 Mac.

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, KWSP berjaya kekal stabil dan berdaya tahan sepanjang 2021. Ia antaranya disokong oleh kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.

Katanya lagi, pengeluaran sebanyak RM 101 bilion sepanjang tempoh pandemik menyebabkan 48 peratus pencarum kini mempunyai baki simpanan bawah RM 10,000.

Justeru, pihaknya berharap dengan pengumuman dividen ini dan prestasi kukuh berterusan KWSP, ia diharap dapat membantu pencarum untuk membina semula simpanan untuk persaraan.

BACA: Had Pengeluaran Online myASNB Dinaikkan Ke RM 2000 Sebulan

Sumber: Astro Awani

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.