Siakap Keli
Kredit: TikTok @repeeace

(Video) Suami ‘Seram’, Isteri Jumpa Kotak Hadiah ‘Ex-Girlfriend’ Masa Sekolah Menengah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ada antara korang yang masih simpan surat cinta zaman persekolahan atau universiti kan? Bila baca balik surat tersebut maka bermulalah kenangan lama terimbau kembali.

Surat-surat cinta itulah yang membuktikan bahawa zaman dahulu untuk meluahkan perasaan cinta mesti adanya penulisan surat.

Namun, apabila kita meniti ke alam dewasa mesti kita rasa zaman cinta dahulu kala itu sesuatu yang melucukan. Malah perkara itu jadi lebih kelakar apabila surat tersebut kita masih simpan.

Kalau tersimpan rapi sahaja tahan lagi, bagaimana pula jika ia ditemui oleh orang terdekat anda sekarang? Lebih-lebih lagi isteri atau suami anda sekarang.

BACA JUGA: “Bila Saya Baca Balik Surat Itu, Saya Ketawa” Jumpa Semula Surat Cinta Sendiri Dalam Botol Selepas 25 Tahun

Begitulah yang ingin dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @repeeace ini.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat seorang wanita yang merupakan isteri kepada pemilik video telah menemui kotak yang berisi ‘rahsia’ si suami semasa zaman persekolahan.

Melihat kepada kapsyen di dalam video tersebut, isterinya terjumpa surat-surat berkenaan semasa mereka sedang sibuk mengemas barang.

“Tengah kemas-kemas, wife jumpa box hadiah ex-girlfriend time sekolah menengah dulu.”

Menurut si suami, semua barangan tersebut adalah semasa zaman ‘cinta monyet’ dahulu.

Lebih menarik lagi apabila video tersebut memperlihatkan si isteri membuka kotak dan terjumpa hadiah anak patung beruang kecil.

Kelihatan si isteri begitu terhibur melihat apa yang terkandung di dalam kotak rahsia itu. Si isteri siap baca kuat-kuat lagi isi kandungan surat cinta tersebut.

“Dulu old school, semua pakai surat,” tulis video tersebut.

@repeeace

Teruk kena bahan. cinta monyet dulu kot. yang pasti mmg kena bakar la semua tu. 🤣🤣 #kantoi #kenabahanteruk #malu

♬ Oh No – Kreepa

Video yang memperoleh jumlah tontonan hampir 300k itu turut mendapat jumlah komen yang memberangsangkan daripada warganet. Rata-rata terhibur setelah menonton perkongsian video viral itu.

Malah ada juga yang berseloroh di ruangan komen.

Kredit: TikTok @repeeace
Kredit: TikTok @repeeace
Kredit: TikTok @repeeace

Sumber: TikTok

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.