Siakap Keli
Kredit: Elena Andreassen Haga Via BBC

“Bila Saya Baca Balik Surat Itu, Saya Ketawa” Jumpa Semula Surat Cinta Sendiri Dalam Botol Selepas 25 Tahun

Pesanan bertulis yang pernah diletakkan di dalam botol sebelum dihanyutkan ke laut pada tahun 1996 dahulu kini telah dijumpai semula selepas 25 tahun.

Joanna Buchan menghanyutkan botol yang berisi pesanan tersebut dari bot nelayan di Peterhead, Norway. Difahamkan itu adalah salah satu projek sekolahnya.

Menurut BBC, isi kandungan surat tersebut adalah kata-kata cinta yang ditulis oleh Joanna ketika beliau berumur lapan tahun. Di akhir surat tersebut Joanna menulis ayat “Saya benci lelaki.”

Selepas hanyut sejauh 1,287 kilometer yang mengambil masa selama 25 tahun, akhirnya botol tersebut ditemui oleh seorang individu bernama Elena Andreassen Haga, 37, di Gasvaer, Utara Norway.

Setelah menemukan botol tersebut dan membaca isi kandungannya, Elena Andreassen tertarik untuk menjejak pemiliknya yang bernama Joanna melalui sosial media.

“Jadi kami buka botol kaca tersebut dengan berhati-hati, seperti dapat dilihat dalam gambar, surat tersebut mungkin telah terkena sedikit air.

“Namun kami dapat keluarkan surat tersebut dengan baik dan tahu bahawa surat tersebut dari Scotland.

“Dia juga menceritakan tentang anjing peliharaannya, projeknya di sekolah dan juga hobi mengumpul ‘Blu Tack’,” jelas Elena kepada BBC.

Gambar: BBC
Joanna ketika kecil | Gambar: BBC

Justeru, Elena cuba mengirim mesej kepada Joanna melalui Facebook, tapi tidak dibalas sehingga beberapa hari kemudiannya.

Difahamkan, menurut BBC, Joanna kini sudah pun berusia 34 tahun dan bekerja sebagai seorang doktor di New South Wales di Australia.

Sementara itu, Joanna memberitahu bahawa dia sedar akan mesej yang dihantar oleh Elena pada tahun 2020 dahulu.

“Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya sewaktu saya berada di Peterhead dahulu sekitar tahun 1996.

“Bila saya baca balik surat tersebut, saya hanya ketawa.

“Terdapat ayat yang manis dalam surat tersebut, seolah-olah ianya adalah yang penting dalam hidup ketika itu,” jelas Joanna.

Sumber: BBC   

Faiz Mustafa