Seorang petani dipercayai warga Ukraine menjadi bualan hangat serta viral di media sosial selepas dia dilihat curi sebuah kereta kebal milik Russia dengan menggunakan traktor, memetik laporan Daily Star.
Menurut laporan, tindakan petani itu dianggap menghiburkan kerana ia berjaya mengalih perhatian dunia seketika daripada isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak beberapa hari lalu.
Menerusi satu perkongsian ahli parlimen Ukraine, Lesia Vasylenk di laman Twitter, beliau menyatakan bahawa besi buruk amat bernilai di Ukraine, jadi orang ramai mungkin teruja untuk menghasilkan wang dengan menjual besi buruk tersebut.

Menurut Indian Express, video tular yang dikongsikan di laman Twitter itu turut meraih perhatian pengguna laman tersebut.
Salah seorang ahli parlimen British turut tidak terkecuali dalam menulis ciapan mengenai video itu.
Ahli parlimen British tersebut, Johnny Mercer turut berkongsikan video dan perkara yang sama iaitu mengenai petani mencuri kereta kebal Russia dengan menggunakan traktor.
“Tiada pakar, tetapi pencerobohan (Russia) dilihat tidak berjalan dengan baik.
“Bahkan petani juga boleh mencuri kereta kebal mereka dengan menggunakan traktor,” tulis ahli parlimen itu di laman Twitternya baru-baru ini.

Malah selain itu, ada juga warga Twitter yang menyatakan bahawa peperangan ini seolah-olah satu kekacauan logistik dari Russia.
Lelaki itu mendakwa, terdapat beberapa kereta kebal yang kehabisan bahan api dan terputus sepenuhnya dari talian bekalan. Disebabkan itulah kereta kebal Russia yang ditinggalkan itu mula dicuri.
“Perang ini menjadi kekacauan logistik dari Russia.
“Terdapat banyak kereta kebal mereka yang kehabisan minyak dan askar.
“Mereka terputus dari sumber bekalan, dan disebabkan itulah kereta ini dicuri,” komen seorang lelaki di Twitter yang menggunakan nama akaun Sunny.

Difahamkan kereta kebal tersebut dipercayai salah sebuah MT-LB Russia iaitu sebuah kenderaan berperisai amfibia yang digunakan ketika era Soviet Union dahulu.
Untuk rekod, kenderaan tentera tersebut dipercayai mula diperkenal pada awal 1950-an.
No expert, but the invasion doesn’t seem to be going particularly well.
Ukrainian tractor steals Russian APC today 👇 pic.twitter.com/exutLiJc5v
— Johnny Mercer (@JohnnyMercerUK) February 27, 2022
A bit of humor before toughest talks: farmer steals tank. Scrap metal is very valuable in #Ukraine so people are very excited about all the money they can make by getting hold of enemy weapons #LoveUkraine pic.twitter.com/3refWo2Xkp
— Lesia Vasylenko (@lesiavasylenko) February 28, 2022
Sumber: Daily Star & Indian Express