Siakap Keli
Gambar: via Metro Uk

(Video) Halang Konvoi Kereta Kebal Rusia Dengan Tangan Kosong, Tindakan Berani Lelaki Ini Raih Pujian

Sebut sahaja mengenai Kremlin sudah tentu anda tahu bahawa ia merujuk kepada Russia. Kremlin yang membawa maksud ‘kubu dalam bandar’ (fortress inside a city) merupakan salah satu perkara yang amat digeruni masyarakat di Ukraine.

Tetapi hal itu tidak menghalang keberanian seorang lelaki Ukraine ini yang tidak memiliki apa-apa senjata.

Menurut Metro UK, lelaki berkenaan sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan berdiri di hadapan barisan ketenteraan Russia yang dilengkapi dengan kenderaan berperisai iaitu kereta kebal.

Menerusi sebuah rakaman video tular di media sosial, dapat dilihat bahawa lelaki Ukraine itu tidak mempunyai sebarang kelengkapan senjata semasa dia berbuat sedemikian.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan memukul kenderaan yang melintasinya dengan hanya menggunakan tangan. Walau bagaimanapun, kereta kebal itu hanya mengelak dan melepasi lelaki itu tanpa mencederakannya.

Video berdurasi 28 saat itu dipercayai telah dirakam oleh orang awam yang berada di selatan Ukraine, iaitu berhampiran Crimea.

Kejadian mendebarkan itu membuatkan rata-rata pengguna di media sosial menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘orang kereta kebal Ukraine’ kerana dia tidak takut dengan kemaraan Russia pada masa itu.

Dalam pada itu, seorang lagi orang awam Ukraine turut dirakam oleh orang awam yang memaparkan saat di mana lelaki itu cuba untuk menghalang barisan tentera Russia.

Menurut Sky News, lelaki itu berani melutut di atas tanah sebelum kenderaan (kereta kebal) berhenti.

Sejurus kejadian orang awam bergegas ke arah lelaki berkenaan untuk memindahkan dia ke tempat yang lebih selamat daripada kereta kebal itu.

Gambar: via Sky News

 

Sumber: Metro UK & Sky News

Nadhirah