Sikap seorang lelaki yang dikenali sebagai Uncle Tata kerana mengambil berat terhadap kanak kanak di kawasan perumahannya mengundang perhatian selepas kisah kebaikannya dikongsikan di Threads.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna Threads, @mua_syazlieynnn berkongsi bagaimana Uncle Tata bukan sahaja membantu menghantar dan mengambil anak anak dari sekolah serta kelas KAFA, malah turut menceriakan mereka dengan pemberian gula gula.

Menurutnya, lelaki itu juga sering dilihat meronda di kawasan kuarters pada waktu petang untuk bertemu kanak kanak yang sedang bermain di taman.
Malah, dia turut menitipkan ucapan penghargaan atas kebaikan Uncle Tata yang disifatkan banyak membantu keluarga di kawasan berkenaan.
“Kamu semua apabila sudah besar nanti, jangan lupa Uncle Tata. Selepas pulang dari sekolah atau kelas KAFA, pada waktu petang dia akan meronda masuk ke kawasan kuarters untuk memberikan gula gula kepada kanak kanak yang bermain di taman.
“Terima kasih kerana membawa anak anak kami pergi dan pulang dari menuntut ilmu. Semoga Uncle sentiasa sihat,” kongsi pengguna tersebut.
Dalam hantaran berasingan, @mua_syazlieynnn turut berkongsi bahawa kanak kanak berkenaan menganggap Uncle Tata seperti datuk sendiri kerana sering datang mencarinya pada waktu petang.
“Betul, mereka seperti cucu cucunya sendiri. Setiap petang sahaja mereka datang mencarinya di taman,” katanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang rata rata memuji sikap prihatin lelaki berkenaan.
Antaranya, @abe_jatt yang turut tertarik dengan tindakan Uncle Tata memberikan aiskrim Cornetto kepada kanak kanak.
“Baiknya Uncle ini, siap belanja aiskrim Cornetto,” komennya.
Sementara itu, @kavinmarangunalan menjelaskan bahawa perkataan “Tata” membawa maksud datuk dalam bahasa Tamil. Justeru, Uncle Tata mungkin menganggap kanak kanak tersebut seperti cucunya sendiri.
“ T ata bermaksud datuk dalam bahasa Tamil, jadi dia menganggap mereka semua seperti cucu cucunya,” jelasnya.
Dalam pada itu, @cikgu_allimalar turut berkongsi pandangannya mengenai layanan terhadap kanak kanak tanpa mengira latar belakang kaum.
Menurutnya, sebagai seorang guru, dia lebih selesa tidak memberikan gula gula kepada mana mana murid sekiranya jumlah yang ada tidak mencukupi untuk semua.
“Sebagai seorang guru, jika saya ada dua biji gula gula tetapi mempunyai tiga orang murid berbangsa India, Melayu dan Cina, saya tidak akan memberikan gula gula itu kepada sesiapa. Jika ada tiga, barulah saya berikan satu kepada setiap seorang,” komennya.
Tidak kurang juga, @redhuanali dan @kaklong.yong turut memuji kebaikan Uncle Tata yang melayani kanak kanak berkenaan dengan penuh kasih sayang.
“Suka budak budak ini. Terbaik, Uncle,” kata @redhuanali.
“Baiknya Tata, layan cucu cucu ya,” tulis @kaklong.yong.

