Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MARA Akan Kaji Kemungkinan Ambil Alih Operasi Penyediaan Makanan Di Dewan Selera MRSM - Asyraf

Dewan Selera MRSM
Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Kredit Gambar: Bernama

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kemungkinan mengambil alih semula keseluruhan operasi penyediaan makanan di Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Iklan

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kemungkinan itu membolehkan institusi pendidikan tersebut tidak perlu bergantung kepada kontraktor luar sebagaimana yang diamalkan ketika ini.

Kaji kemungkinan ambil alih operasi penyediaan makanan Dewan Selera MRSM

“MARA akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji secara tuntas kemungkinan mengambil alih semula keseluruhan operasi penyediaan makanan di Dewan Selera MRSM seluruh negara tanpa bergantung kepada kontraktor luar sebagaimana yang diamalkan sekarang.

“Kaedah pengurusan secara langsung oleh MARA ini pernah dilaksanakan sebelum penswastaan operasi penyediaan makanan diperkenalkan di MRSM pada era 1990-an,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, kajian tersebut perlu mengambil kira beberapa aspek utama iaitu menjamin kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan pelajar dan memastikan kecukupan nutrisi dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

Selain itu, keberkesanan pemantuan dan kawalan mutu juga perlu ditingkatkan serta menilai penjimatan kos melalui pengurusan dan perolehan secara berpusat.

Kajian terbabit juga perlu memastikan kebajikan pelajar tidak dikompromikan demi keuntungan komersial.

“Penyediaan makanan kepada anak-anak MRSM bukan semata-mata soal perniagaan, tetapi soal amanah, kebajikan dan tanggungjawab,” ujarnya.

Intipati
  • MARA akan mengkaji kemungkinan mengambil alih semula operasi makanan dewan selera MRSM.
  • Jawatankuasa khas akan menilai aspek kualiti, kebersihan, keselamatan makanan, nutrisi dan kuantiti.
  • Kajian turut meneliti kawalan mutu, penjimatan kos dan kebajikan pelajar MRSM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan