Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kelima-lima individu yang berapa di atas bot laju bersama selebriti televisyen terkenal Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong semasa insiden wanita itu terjatuh ke sungai berkemungkinan berdepan pertuduhan kecuaian sehingga membawa kematian dan memberi kenyataan palsu kepada pihak polis, lapor Bangkok Post.
BACA: Gambar Atas Bot Nampak Sedih, Ibu Dakwa Kematian Pelakon Thailand Bukan Disebabkan Kemalangan
Dua daripada mereka telah pun didakwa kerana mengendalikan bot tanpa lesen dan kecuaian yang menyebabkan kematian.
Menurut sumber dari pihak polis, bukti baharu muncul apabila Bahagian Teknologi Penindasan Jenayah (TCSD) setempat mengesan telefon salah seorang daripada lelaki berkenaan dan mendapati dia mengaku pada beberapa orang melalui telefon bahawa lelaki kedua mengendalikan bot laju tersebut semasa Nida terjatuh.
Oleh kerana lelaki yang mengendalikan bot laju berkenaan kurang berpengalaman, bot dilaporkan hilang kawalan menyebabkan Nida berpegang pada salah seorang rakan wanita yang berada di atas bot yang sama untuk menahan dirinya dari jatuh ke sungai.
Khuatir dirinya juga bakal diseret ke sungai, wanita tersebut mengaku menggoyangkan kakinya menyebabkan Nida terjatuh dan peha kanan mendiang pelakon terkenal itu luka terkena kipas bot.
Memetik laporan Bangkok Post, pihak polis akan memanggil kelima-lima individu berkenaan untuk menghadap pertuduhan atas kecuaian yang menyebabkan kehilangan nyawa dan memberi kenyataan palsu.
Menurut satu sumber dari pihak polis, salah seorang daripada kelima individu itu telah memberi kenyataan yang bercanggah tentang cara bot dikendalikan ketika kejadian berlaku.
Individu berkenaan adalah satu-satunya saksi yang memberitahu bahahawa bot tiba-tiba tersentak dan menyebabkan Nida Jatuh ke sungai.
Sementara itu, seorang lagi lelaki yang termasuk dalam kelima-lima saksi gagal menghadiri lakonan semula kejadian kerana mendakwa mengalami tekanan darah tinggi.
Menurut Ketua Polis Wilayah 1, Leftenan General Polis Jirapat Phumjit, pihaknya merancang untuk menaiki bot yang sama untuk melakukan simulasi insiden tersebut berdasarkan jejak GPS yang diperolehi daripada bot berkenaan dalam satu lagi sesi lakonan semula.
Bot itu akan bergerak pada kadar kelajuan yang sama seperti kejadian sebelumnya dan pasukan penyiasat akan mengenalpasti adakah benar mereka yang berada di atas bot ketika tragedi itu berlaku sama sekali tidak terdengar apa-apa bunyi ketika Nida jatuh, seperti yang mereka nyatakan.
Sumber: Bangkok Post