Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Kadar Kematian COVID-19, Kes BID Meningkat – Khairy

Nadhirah
Gambar: Bernama & Twitter Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kadar kematian akibat Covid-19 mula meningkat akhir-akhir ini.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan di laman Twitternya hari ini.

“Kadar kematian akibat COVID-19 mula meningkat. Namun, ia dilihat lebih rendah berbanding dengan gelombang Delta yang lepas.

“Vaksin sangat berkesan melindungi kita daripada kesan paling buruk COVID-19 seperti kemasukkan ke ICU dan kematian.

Kredit: Khairy Jamaluddin

“Carta ini penting, ia menunjukkan CFR, ataupun peratus kematian daripada jumlah kes.

“Mengapa CFR semakin turun? Sebab majoriti kes tidak serius. Walaupun jumlah kes naik mendadak, kes serius naik sedikit sahaja.

“Yang terkini, setiap 100,000 kes, 200 yang meninggal dunia,” kata beliau di laman Twitternya hari ini.

Kredit: Khairy Jamaluddin

Di samping itu, Khairy turut menyatakan strategi terbaharu iaitu untuk melindungi orang awam yang sangat berisiko tinggi.

“Sebab itu strategi kita sekarang mesti melindungi mereka yang paling berisiko tinggi seperti warga emas.

“Kalau tengok carta ini, jelas dos penggalak atau booster melindungi warga emas daripada kematian akibat COVID-19,” tegas beliau.

Kredit: Khairy Jamaluddin

Malah dalam masa sama, kebanyakan kes kematian yang direkodkan didakwa melibatkan mereka yang belum mengambil dos penggalak.

“Data kematian untuk tahun ini menunjukkan 91% yang meninggal akibat COVID-19 belum ambil dos penggalak atau booster,” katanya.

Kredit: Khairy Jamaluddin

Bagaimanapun jelas Khairy, jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) dilapor mula menunjukkan peningkatan.

“Jumlah BID mula meningkat semula. Daripada 113 BID yang dianalisa (5 – 21 Feb), hanya 9% mengetahui status jangkitan COVID-19. 91% tested positive selepas meninggal dunia.

“Ramai waris kata mereka anggap sakit ringan sahaja.

Kredit: Khairy Jamaluddin

“Sangat penting bagi golongan yang berisiko tinggi (warga emas & mereka yang ada komorbid serius) untuk mendapatkan booster dengan segera.

“Keluarga/komuniti juga diminta pantau keadaan kesihatan warga emas. Kalau demam atau batuk sikit pun, bawa jumpa doktor. Please,” kata Khairy.

Sumber: Khairy Jamaluddin