Legenda bola sepak Belanda yang pernah beraksi untuk beberapa kelab besar dunia, Clarence Seedorf umum beliau kini telah memeluk agama Islam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau sendiri melalui Instagram.
”Ucapan terima kasih istimewa untuk semua yang mengalu-alukan kehadiran saya dalam keluarga Islam. Saya amat gembira untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada saudara Islam di seluruh dunia.
”Terutamanya kepada Sophia, yang banyak mengajar saya secara lebih mendalam tentang Islam. Saya tidak akan menukar nama dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya ini.
”Sampaikanlah salam sayang saya buat anda semua di seluruh dunia,” umum Clarence Seedorf ketika berkongsi khabar gembira memeluk Islam.
Beliau di zaman kegemilangannya telah mewakili banyak kelab-kelab besar dunia termasuklah Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan Barcelona.
Antara pencapaian terhebatnya adalah memenangi 4 kejuaraan UCL, masing-masing 1 trofi dengan Ajax dan Madrid manakala 2 trofi dengan Milan. Selain itu, beliau juga menjulang 1 trofi La Liga bersama Madrid dan 2 trofi Seria A bersama Milan.
View this post on Instagram
BACA: Mumia Kuno Mirip Ikan Duyung Ditemui Di Kuil Di Jepun, Hasil Kajian Akan Didedah Tahun Ini
Sumber: Anadolu Agency