Siakap Keli

(Video) Hujan Lebat, Orang Ramai Kongsi Foto Jalan-jalan Dipercayai Di Bangi Dinaiki Air

Beberapa jalan dilapor dinaiki air di beberapa kawasan dipercayai disekitar Bangi selepas hujan lebat petang tadi.

Foto dan video keadaan jalan dinaiki air di kawasan tersebut dikongsikan oleh beberapa penduduk setempat sekitar kawasan perindustrian, Bangi Underpass Sungai Merab dan beberapa tempat lagi.

Menerusi perkongsian daripada pemilik Twitter, Ash menunjukkan limpahan air di jalan belakang Bangi-Putrajaya. Banyak kenderaan terhenti kerana dipercayai tidak berjaya masuk ke kawasan perumahan mereka.

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook, Danghanum Basir yang terkejut melihat keadaan sekitar perumahan di Bandar Baru Bangi yang dilimpahi air banjir.

Selama hampir 26 tahun tinggal di Bangi… Terkejut tengok keadaan banjir depan pejabat pos petang tadi.

Justeru itu menerusi perkongsian daripada seorang pengguna jalan raya menunjukkan banyak kenderaan terhenti di tengah lebuh raya kerana tidak dapat teruskan perjalan akibat air mula naik di jalan. Ada juga kenderaan terpaksa ditolak akibat rosak terkena air banjir.

Sumber: Facebook, Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang