Siakap Keli
gegelang sotong
Gambar Via Kosmo

Gegelang Sotong Tular Disyaki Guna Logo Pengesahan Halal Tak Diiktiraf Jakim – Timbalan KPDNHEP

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memaklumkan bahawa produk gegelang sotong yang tular baru-baru ini disyaki menggunakan logo pengesahan halal yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lapor Kosmo.

Menurutnya, logo pengesahan halal yang digunakan dalam pembungkusan gegelang sotong tersebut boleh diragukan.

“Saya mengesyaki ia bukan logo pengesahan halal jakim atau yang diiktiraf badan itu.

“Begitupun, siasatan lanjut masih belum dapat dilakukan kerana tiada aduan rasmi yang membolehkan kami memeriksa logo pengesahan halal itu,” katanya.

Tambahnya lagi, pengguna yang mengetahui premis yang menjual gegelang sotong dengan menggunakan logo pengesahan halal palsu dinasihatkan untuk membuat aduan rasmi segera kepada KDNHEP.

Tindakan lanjut berkaitan perkara tersebut boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Terdahulu, tular mengenai gambar gegelang sotong yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi.

Pihak Jakim juga masih lagi sedang menyiasat mengenai isu tersebut.

Sumber: Kosmo

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.