Siakap Keli
Gambar: Eyla Azri & Bahagian Hab Halal JAKIM

Timbul Keraguan Status Halal Minyak Yu Yee, Pihak JAKIM Tampil Beri Penjelasan

Minyak angin dengan rakyat Malaysia tak boleh dipisahkan. Bila sakit kepala, perut masuk angin atau lenguh-lenguh badan, tangan mesti laju je capai minyak angin.

Salah satu  jenama minyak angin yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia tak lain tak bukan adalah minyak Yu Yee Cap Limau.

Bukan hanya disapu pada bayi untuk mengurangkan masalah kembung perut, minyak Yu Yee turut digunakan oleh setiap lapisan umur di negara ini sejak bertahun-tahun.

Namun begitu, timbul pertanyaan mengenai sijil pengesahan halal yang dimilki oleh minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd ini.

Oleh itu, Jabatan Kemajuan Halal Malaysia (JAKIM) melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM tampil memberi penjelasan. Ikuti perkongsian JAKIM di bawah ini.

Sebelum itu, status halal minyak Yu Yee juga pernah menjadi tular beberapa tahun lalu oleh warganet kerana dikatakan mengandungi bahan yang berunsurkan khinzir.

 

Gambar: Bahagian Hab Halal JAKIM

Status halal minyak Yu Yee

Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Gambar: Laman web Halal JAKIM

Lihat direktori halal Malaysia di sini.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan atau Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai status halal sesuatu produk, sila layari portal rasmi halal Malaysia di pautan ini. Sementara maklumat logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM boleh dilihat di sini.

Sumber: Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM

Eyla Azri