Siakap Keli
eskalator lrt ampang hangus
Gambar Via Melaka Hari Ini/ Utusan

Eskalator LRT Ampang Hangus, Kebakaran Mungkin Daripada Litar Pintas

Eskalator di LRT Ampang hangus dalam satu kebakaran yang dilaporΒ kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi.

“Kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas pada kotak suis kawalan eskalator terbabit.

“Sepasukan polis kereta peronda (MPV) digerakkan ke lokasi. Anggota Bomba dan Penyelamat telah memadamkan api.

“Kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbungnya.

“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan pihak pengurusan kini menutup operasi eskalator kepada awam sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Eskalator lrt ampang hangus

Sumber: Sinar Harian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.