Siakap Keli
Kredit: Oddity Central

Penangan Air Mata ‘Buaya’, Lelaki Warga Emas Ini Akan Menangis Setiap Kali Makan

Seorang lelaki di China didakwa mengalami sindrom ‘air mata buaya’ yang jarang berlaku dalam terma perubatan, di mana ia menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata ketika makan.

Menurut Oddity Central, ‘tangisan’ itu tercetus apabila berlaku tindak balas emosi yang kuat kepada seseorang seperti sedih, sakit, ketawa yang tidak terkawal dan seumpamanya.

Namun, ia juga boleh diaktifkan melalui perkara-perkara yang tidak berbahaya seperti ‘makan’ – walaupun jarang berlaku.

Tahun lalu, Menerusi Oddity Central, seorang lelaki warga tua yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Zhang dilapor telah menitiskan air matanya ketika dia sedang makan.

“Pada awalnya, dia tidak terlalu memikirkan hal tersebut, namun semakin lama, ia menjadi semakin parah. Hal tersebut telah mengganggu kehidupan sosialnya.

“Berikutan peristiwa tersebut, Zhang mula mengelak daripada makan di depan khalayak ramai kerana takut air matanya mengalir di depan ramai orang,” lapor Oddity Central.

Walau bagaimanapun, dia menyedari bahawa penyakit itu bukan boleh selama-lamanya disembunyikan. Oleh itu, Zhang mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar.

Memetik Oddity Central, pada bulan lalu, Zhang pergi ke hospital di Wuhan untuk melakukan pemeriksaan dari segi perubatan mengenai penyakitnya yang jarang ditemui tersebut.

Ketua Jabatan Oftalmologi, Dr Cheng Mian Chinh di hospital itu menjelaskan bahawa keadaan yang dialami Zhang didakwa berkait rapat dengan kelumpuhan di bahagian muka yang pernah dialaminya sebelum ini.

“Proses pemulihan akibat lumpuh di bahagian muka dahulu telah mempengaruhi kelenjar lakrimal, terutama di bahagian mata kirinya.

“Semasa tempoh penyembuhan, urat saraf muka mungkin berselirat dan akhirnya saraf air liur yang menyelubungi kelenjar lakrimal, bukannya kelenjar submandibula.

“Disebabkan urat saraf pada muka salah arah, maka rangsangan terhadap bau atau rasa bukan mempengaruhi air liur malah air mata yang dirangsang oleh kelenjar lakrimal,” lapor Oddity Central lagi.

Gejala ‘air mata buaya’ berbeza pada setiap pesakit dan kebanyakan kes ringan hanya perlu mengahadiri sesi kaunseling dan pemantauan berkala sahaja.

Manakala kes yang lebih teruk, rawatan yang sering dilakukan adalah suntikan toksin botulinum ke dalam kelenjar lakrimal.

Ia bertujuan untuk menghentikan penghantaran gentian berulang pada saraf yang meyimpang pada kelenjar terjejas. Kesan toksin tersebut memberi kesan selama lebih kurang enam bulan.

Selain itu, salah satu cara lain adalah dengan melakukan pembedahan yang merupakan rawatan yang dipilih oleh Zhang.

Menurut laporan, dia berada dalam keadaan baik, namun tiada sumber yang mengatakan kesembuhan itu akan kekal atau tidak.

BACA JUGA: (Video) Dua Buaya Besar Sepanjang 15 & 13 Kaki Di Sarawak Berjaya Ditangkap Pihak Berkuasa

Sumber: Oddity Central

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.