Siakap Keli
Ditangkap
Gambar: UtusanTV, Juanda Jaya

(Video) Dua Buaya Besar Sepanjang 15 & 13 Kaki Di Sarawak Berjaya Ditangkap Pihak Berkuasa

Tular beberapa video di media sosial yang memaparkan dua ekor buaya besar telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh UtusanTV di TikTok, kedua-dua buaya itu dipercayai ditangkap di muara Sungai Igan, Sarawak.

Difahamkan, buaya itu sememangnya sangat ‘popular’ dan digeruni oleh penduduk di sana.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya turut berada di lokasi ketika penangkapan buaya itu dilakukan.

Menurutnya, buaya jantan itu masing-masing mempunyai panjang sehingga 15 kaki dan 13 kaki.

“Dua ekor buaya jantan di muara Sungai Igan (panjang 15 kaki dan 13 kaki) sudah ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Khabarnya seekor lagi juga telah ditangkap, ini adalah bagi keselamatan penduduk di kawasan itu,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

@utusantvofficial

Besarnya 🐊. Tangkap dikatakan dibuat di muara Sungai Igan, Sarawak. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sumber: UtusanTV, Juanda Jaya

Sofea

There's always another side to every story