Siakap Keli

TERKINI: Kuchai Lama Dilanda Banjir Kilat

Satu kejadian banjir kilat dipercayai telah berlaku di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur sekitar pukul 4.15 petang tadi.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Berita RTM di Twitter, beberapa kenderaan dilihat terperangkap dan tenggelam di dalam banjir tersebut.

Banjir kilat itu mungkin berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang melanda Kuala Lumpur pada petang ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan orang awam di kawasan banjir tersebut tidak diketahui.

Sementara itu, MetMalaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Keadaan cuaca itu dijangka akan melanda sehingga jam 7 malam ini.

Sumber: Berita RTM

Sofea

There's always another side to every story