Siakap Keli
Gambar: Bangkok Post

Ibu Tangmo Nida Mahu Bedah Siasat Terhadap Anaknya Dilakukan Semula

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan berita kematian yang sangat tragis melibatkan seorang bintang terkenal dari Thailand, Tangmo Nida.

Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dilapor mati lemas akibat didakwa terjatuh dari bot laju bersama pengurus dan beberapa rakan yang lain dalam satu kejadian pada 24 Februari lepas.

Rentetan kejadian itu, pelbagai spekulasi demi spekulasi hasil siasatan semasa muncul berdasarkan penemuan mayat aktres terkenal itu.

Bagaimanapun menurut laporan terkini Bangkok Post, ibu Tangmo Nida didakwa mahu proses bedah siasat ke atas mendiang dilakukan semula.

Jelas peguamnya, wanita itu mendakwa terdapat beberapa keraguan mengenai pembedahan bedah siasat kali pertama yang dilakukan ke atas anaknya.

“Krissan Sriboonpimsuay yang mewakili Panida Sirayootyotin, ibu Tangmo berkata terdapat banyak aspek yang mencurigakan dalam kes tersebut.

“Beliau akan meminta Polis Diraja Thai untuk mengeluarkan arahan kepada Khunying Porntip, bekas ketua pengarah Pusat Institusi Sains Forensik untuk melakukan semula bedah siasat terhadap mendiang.

“Encik Krissna berkata di Balai Polis Muang di wilayah Nonthaburi pada Isnin lalu bahawa beliau sedang membuat susulan terhadap keputusan forensik kerana mendakwa ada yang meragukan,” lapor Bangkok Post.

BACA JUGA: Punca Kematian Pelakon Terkenal Thailand, Nida Tangmo Didedahkan

Dalam pada itu, beliau juga akan bertemu dengan Khunying Porntip yang kini telah dilantik menjadi senator kerana yakin dengan kebolehannya dalam melakukan siasatan tersebut.

Memetik Bangkok Post, Khunying Porntip yang berada di Dewan Parlimen ketika itu memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan khidmat nasihat kepada wanita itu mengenai bedah siasat, namun beliau tidak dapat melakukannya.

Pesuruhjaya Polis Wilayah Satu, Jirapat Phumijit berkata, penyusunan keputusan bedah siasat tersebut perlu dilakukan segera secepat yang mungkin.

Malah katanya, agak sukar untuk memutuskan keputusan bedah siasat berkenaan.

“Pegawai polis itu turut berkata bahawa penyiasat juga telah pun menyoal 65 orang sebagai saksi dalam kes tersebut,” lapor Bangkok Post.

Imbas kembali, Tangmo Nida, 37, dilapor terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi sekitar jam 10.40 malam pada 24 Februari lalu ketika menaiki bot laju bersama lima rakan yang lain.

Mayatnya pula ditemui kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Februari berikutnya.

Menurut laporan terdahulu, dua daripada penumpang bot tersebut telah didakwa kerana disyaki mengendalikan bot tersebut tanpa lesen dan menyebabkan kematian.

Sumber: Bangkok Post

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.