Siakap Keli

TERKINI: Tak Perlu Lagi Penjarakan Fizikal Untuk Solat Berjemaah Di Masjid

Kerajaan bersetuju bahawa aktiviti keagamaan tidak lagi perlu melaksanakan penjarakan fizikal. Ini termasuklah aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau, bermula 1 April nanti apabila negara memasuki fasa “peralihan ke endemik.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mengumumkan penjarakan fizikal solat jemaah itu hari ini bagaimanapun menjelaskan pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Beliau berkata isu merapatkan saf ketika solat berjemaah adalah satu isu besar yang sering diperkatakan oleh rakyat yang mahu ibadah dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

“Jadi imam lepas ini boleh katakan rapatkan saf kerana kita (kerajaan) tidak lagi menetapkan penjarakan fizikal satu meter.

“Bagaimanapun, oleh kerana Perlembangaan Persekutuan menyatakan perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, maka walaupun saya sebut tiada lagi penjarakan fizikal (ketika solat), itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi penentuan akhir terletak pada kerajaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Parlimen hari ini.

BACA: Negara Masuk ‘Fasa Peralihan Ke Endemik’ Bermula 1 April Ini

Sumber: RTM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang