Siakap Keli

TERKINI: Negara Masuk ‘Fasa Peralihan Ke Endemik’ Bermula 1 April Ini

Kerajaan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Menurut Perdana Menteri, ia adalah fasa peralihan untuk negera kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak 2019 lagi.

Jelasnya lagi, fasa ini adalah sementara sebelum negara ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam sidang media berkenaan juga, beliau turut mengumumkan beberapa SOP baharu yang akan berkuatkuasa dalam fasa peralihan ke endemik.

Antara yang mendapat tumpuan utama orang awam adalah berkenaan tiada lagi penjarakan fizikal bagi aktiviti keagamaan. Ketetapan ini termasuklah bagi aktiviti solat jemaah di masjid dan surau.

Bagaimanapun kata beliau, ketetapan ini tertakluk kepada keputusan Majlis Agama Islam negeri masing-masing memandangkan hal ehwal agama Islam merupakan bidang kuasa kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan.

BACA: “Imam Boleh Rapatkan Saf”, Tak Perlu Lagi Penjarakan Sosial Untuk Solat Jemaah Di Masjid

Sumber: RTM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang